Tuesday, August 25, 2009

WAWANCARA BERSAMA GRADUAN PENGURUSAN PERNIAGAAN & KESETIAUSAHAAN


WAWANCARA EKSKLUSIF INI TELAH DISIARKAN DI AKHBAR TERNAMA UTUSAN MALAYSIA


Diploma Pengurusan Perniagaan & Kesetiausahaan Memberikan Landasan Kerjaya Yang Terlalu Cerah Buat Kami Semua


Memilih untuk melangkah dalam bidang kesetiausahaan dianggap Zalikha Awaluddin, 25 sebagai satu keputusan bijak kerana langkah itu akhirnya telah mengubah nasib dirinya yang kini mempunyai masa depan lebih cerah.


Meskipun, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak kabur mengenai pilihan kursus yang bersesuaian, atas dorongan keluarga, Zalikha memilih jurusan kesetiausahaan yang dirasakan sepadan dengan personalitinya yang lemah-lembut dan gemar bergaya.


Pelajar jurusan Sijil & Diploma Pengurusan Perniagaan dan Kesetiausahaan di Institut Generasi itu memberitahu, setelah mempelajari lebih mendalam tentang dunia setiausaha, timbul minat yang mendalam untuk terus menceburi bidang tersebut yang dilihat setanding dengan kerjaya lain.


''Malah, peluang pekerjaannya juga luas. Tidak hanya bergantung harap untuk menjadi setiausaha semata-mata, sebaliknya apa yang dipelajari turut relevan untuk diaplikasikan dalam bidang lain khususnya perniagaan atau pentadbiran," kata Zalikha yang berhasrat untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat diploma.


Padangan itu dipersetujui rakannya, Nur Aqila Mohd. Yahaya, 19, yang berpendapat, bukan saja kerjaya setiausaha kini lebih menjamin masa depan malah menyeronokkan apabila kemahiran yang dipelajari telah membantu meningkatkan kemahiran diri.


Baginya, bidang tersebut juga mengajar seseorang itu mendisiplinkan diri menjadi individu yang lebih baik dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan atau kepercayaan yang diberi.
''Bagaimanapun, saya tidak nafikan kerjaya ini terdedah kepada pelbagai risiko dan cabaran apatah lagi jika mendapat bos yang garang dan bersifat menjengkelkan.


''Sebab itu, sesiapa yang menceburi bidang ini perlu menyiapkan diri mereka daripada segi fizikal dan mental agar lebih mudah berhadapan dengan segala masalah dan cabaran yang timbul. Memang, kerja ini nampak senang pada sesetengah orang tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka," kata pelajar yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur ini.


Sementara itu, Tabitah Malini, 24, memberitahu, dirinya memandang tinggi individu yang memilih kerjaya setiausaha kerana mereka mempunyai tahap kesabaran dan kemahiran berkomunikasi yang tinggi.


Lebih dihormati jika setiausaha itu berkemahiran dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh majikan.


''Setelah mengikuti jurusan Pengurusan Perniagaan dan Kesetiausahaan ini, saya sudah rasai cabaran kerjaya yang sebenar. Tetapi apa yang menarik, saya seronok dan gembira mendalami bidang ini," katanya.

Thursday, August 20, 2009

BIDANG PENGURUSAN PERNIAGAAN & KESETIAUSAHAAN MENJAMIN PELUANG KERJAYA CERAH & CEMERLANG



SEBELUM ini mungkin ramai ibu bapa tidak begitu bersetuju jika anak mereka mahu bergelar setiausaha. Bagi mereka, lebih baik anak-anak menjadi jurutera, akauntan, arkitek, doktor atau setidak-tidaknya seorang guru kerana kerjaya tersebut dilihat lebih profesional berbanding setiausaha.

Namun, senario itu telah lama berubah. Kini, bidang kesetiausahaan dilihat sebagai satu lapangan profesional yang sama penting dengan kerjaya lain dan turut mempunyai masa depan yang cerah.


Antara institusi pengajian tinggi swasta yang giat melahirkan ramai setiausaha berkemahiran ialah Institut Generasi yang terletak di Jalan Leboh Ampang, Kuala Lumpur.

Di institut ini, pelajar diberi pendedahan latihan kemahiran industri yang mirip amalan kerja sebenar yang bukan sahaja dapat membantu graduan tersebut tetapi juga organisasi tempat mereka bekerja kelak.

Kaunselor dan Ketua Jabatan Pembangunan dan Kemajuan institut tersebut, Suhaila Osman berkata, sukatan pelajaran yang disediakan melalui program Pengurusan Perniagaan dan Kesetiausahaan amat menarik dan lebih berorentasikan kerjaya sebenar.

Institut juga menyediakan jadual waktu kuliah yang fleksibel bagi membolehkan pelajarnya memilih jadual pembelajaran mengikut kesesuaian sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.

''Ini membolehkan mereka dapat menguruskan jadual tanpa mengganggu aktiviti kerja harian," jelas Suhaila.
.

Suhaila berkata, pengambilan hanya dibuat setahun sekali dan pendaftaran dibuka sekarang.

Jika berminat, kunjungi Institut Pendidikan Generasi di 51-53, Jalan Leboh Ampang, Kuala Lumpur (berhampiran LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus ini. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-20704081 (Cik Su)